KEJATUHAN PRESIDEN MESIR MOHAMMAD HOSNI MUBARAK


Muhammad Hosni Sayyid Mubarak lahir 4 Mei 1928 adalah Presiden Mesir ke-4 antara 1981 dan 2011. Sebelum menjadi Presiden, Mubarak merupakan seorang komandan dalam Tentara Udara Mesir. Beliau menjadi Wakil Presiden di bawah Anwar Sadat pada 1975, dan menggantikan Anwar Sadat yang dibunuh pada 6 Oktober 1981. Hosni Mubarak merupakan presiden paling lama memerintah Mesir sejak Muhammad Ali Pasha.
Beliau mengundurkan diri sebagai presiden pada 11 Februari 2011 selepas tekanan dari demonstrasi besar-besaran selama 18 hari oleh rakyat Mesir. semasa revolusi Mesir 2011. Pada 13 April, seorang pendakwa mengarahkan bekas presiden itu dan dua anak lelakinya ditahan selama 15 hari untuk diperiksa mengenai tuduhan menyogok dan menyalah gunakan kekuasaan.
Biografi

gallery
Peta Wilayah
Mubarak dilahirkan di Kafr-El-Meselha, pentadbiran Gubernur Monufiyah, Mesir. Apabila tamat sekolah tinggi, beliau menyertai Akademi Militer Mesir, di mana beliau menerima Gelar Sarjana Muda dalam Sains Ketentaraan pada 1949.
Pada 1950, beliau menyertai Akademi Tentara Udara Mesir, akhirnya mendapat Sarjana Muda Sains Penerbangan, dan ditugaskan dalam skuadron pengebom. Kemudian beliau diterima masuk ke sekolah latihan Juruterbang Kean, Moscow. Selepas menyempurnakan latihannya, Mubarak menjadi pegawai Tentera Udara Mesir berkhidmat sebagai juruterbang dan naik pangkat menjadi Panglima Markas. Kerjaya tentara udara beliau sampai kemuncaknya pada 1972 apabila beliau menjadi Komandan Tentara Udara.
Berikutan pembunuhan Presiden Sadat oleh militan Islam pada 1981, Hosni Mubarak menjadi Presiden Republik Arab Mesir dan Pengurus Partai Demokratik Kebangsaan (NDP). Beliau juga Presiden Republik Mesir paling lama. (30 tahun) dari 14 Oktober 1981 sd 11 Januari 2011.
Hosni Mubarak menikah dengan Suzanne Mubarak, dan mempunyai dua anak lelaki: Alaa dan Gamal Hosni Mubarak dikatakan dipersiapkan sebagai pengganti.
Kembali ke Liga Arab
Keahlian Mesir dalam Liga Arab digantung akibat Perjanjian Kem David ditandatangani oleh Presiden Anwar Sadat pada 1988. Selepas Anwar Sadat dibunuh pada 6 Oktober 1981, maka pada 1989, di bawah Mubarak, Mesir diterima kembali ke dalam Liga Arab. Ibu pejabat Liga Arab dipindah semula ke Kairo.
Perang Teluk Parsi

gallery
Perang Teluk
Mesir ikut Perang Teluk Parsi 1991. Tentera Kavaleri Mesir mendarat di Arab Saudi untuk mengusir tentera Iraq dari negara Kuwait. Kerajaan Kuwait membayar $500,000 bagi setiap tentara Mesir yang berjhasil mengusir tentera Iraq dari Kuwait. Presiden Mesir tanpa ragu memihak kepada Amerika Serikat untuk mengusir penjajah Kuwait itu.dan atas jasa Mesir tersebut, Eropah melunaskan hutang Mesir sebanyak $20 bilion .
Upaya Pembunuhan
Menurut BBC, Mubarak terselamat dalam 6 percobaan pembunuhan. Pada bulan Juni 1995 cobaan pembunuhan melibatkan Al-Gama' al-Islamiyya dan  Jihad Islam Mesir. Ketika itu beliau berada di Habsyah untuk menghadiri persidangan Organisasi Kesatuan Afrika (OAU). Ketika Mubarak kembali ke Mesir, beliau menahan 20,000 ahli Al-Gama' al-Islamiyya pada 1999 dengan tuduhan mau melancarkan revolusi pertubuhan Islam.
Amerika Menyerang Iraq
Pada tahun 2003, Presiden Mubarak mau dunia menyelesaikan konflik Israel-Palestina terlebih dahulu sebelum menyerang Iraq. Serangan terhadap Iraq akan menyebabkan munculnya "100 Bin Laden". Presiden Mubarak tidak menyokong AS keluar segera dari Iraq.
Ekonomi Mesir
Pada bulan Juli 2004, Mubarak menerima perletakan jawatan  Perdana Menteri Mesir Atef Ebeid. Kemudian beliau melantik Ahmed Nazif sebagai Perdana Menteri baru. Kabinet baru pimpinan Ahmed Nazif berhasil mengatasi masalah ekonomi Mesir yang suram. Pasaran saham Mesir meningkat. Bagaimanapun, bilangan penganggur masih berterusan dan Mubarak dikritik kerana menyebelahi syarikat besar dan penswastaan. Beliau dilihat menentang hak pekerja.
Pemilihan Umum 2005
Dalam pilihan umum berikutan sekatan-sekatan terhadap demokrasi. Pada Februari 2005, Mubarak meluluskan pindaan perlembagaan untuk membenarkan mana-mana pihak bertanding jawatan Presiden kerana menjangka beliau akan menang mudah. Pada 26 Februari 2005 Mubarak meminda perlembagaan bagi membenarkan pelbagai calon pilihan raya presiden pada September 2005.
Dalam pilihan raya September 2005 undi kawalan masih dikenakan terhadap tiga akhbar kerajaan dan televisi .Saluran dipancarkan dari Mesir seperti Televisi Satelit Orbit Dan Rangkaian Radio lebih terbuka seperti Al Qahira Al Yawm. Mesir ditangga ke-111 daripada 177 buah negara oleh agensi hak asasi manusia.
Pada 28 Julai 2005, Mubarak mengumumkan pencalonannya sebagai Presiden.Pilihan raya 7 September 2005 . Ada tuduhan berlakunya aktiviti membeli undi di kawasan miskin dan di luar bandar .Pengundi haram yaitu nama tidak berdaftar masih dibenarkan mengundi.Pada 8 September 2005, Dr Ayman Nour, seorang pembangkang dan calon Parti Al-Ghad , menuntut diadakan ulangan pilihan raya.Mahkamah Mesir memutuskan Ayman Nour bersalah. Gedung Putih di Amerika Serikat bimbang dengan hak asasi manusia di Mesir dan bimbang dengan mogok makan yang dilancarkan oleh Dr Ayman Nour.
Rasuah
Tersebar berita anak lelakinya Alaa terlibat dalam syarikat-syarikat yang mendapat tender-tender kerajaan dan penswastaan. Keterlibatan dua anaknya itu secara langsung dan tidak langsung. Terdapat ungkapan di kalangan rakyat bahwa "Seorang anggota polisi adalah lebih berbahaya daripada seorang penjenayah". Pada 2008, Tranferensi International (TI) menyaksikan indek rasuah Mesir pada mata CPI 2.8.Mesir ditempat ke-115 daripada 180 negara yang tinggi rasuah.
Mubarak dan Gereja Ortodoks Koptic

gallery
Gereja Koptik
Presiden Mesir Anwar Sadat mengarahkan Paus Shenouda III Alexandria, Paus Gereja Ortodoks Koptik Alexandria dibuang daripada Biara Saint Pishoy. Lapan uskup, 24 sami-sami, dan banyak lagi ditangkap. Sadat telah menggantikan hierarki gereja dengan jawatankuasa lima uskup-uskup dan tiada lagi paus. Semasa Mubarak, beliau membebaskan Paus Shenouda dari buangan pada 2 Januari 1985. Beliau kembali ke Kairo
Untuk merayakan Krismas 7 Januari Liturgy (Kalendar Lama) dan kehadirannya disambut 10,000 penganut Kristian. Penganut Kristian dibenarkan bercuti pada 7 Januari dan diisytiharkan cuti kebangsaan pada 2002.

28 Tahun Undang-undang Darurat
Di bawah undang-undang Darurat, negara mempunyai hak menahan seseorang tanpa bicara semenjak pembunuhan Anwar Sadat pada 1981. Mereka tidak dibicarakan di mana-mana mahkamah untuk membicarakan kesalahan sebenar mereka.
Pewarisan Presiden
Banyak berita tersiar di Mesir menyatakan Mubarak menyediakan anaknya Alaa sebagai pengganti beliau sebagai Presiden Mesir. Namun Mubarak membantah khabar angin tersebut.
Mubarak dan Palestina

gallery
Pertemuan
Mubarak membantu Palestina terutama perjuangan Fatah yang dipimpin oleh Yasser Arafat. Beliau menyokong semua usaha yang dilakukan oleh Liga Arab. Mubarak juga menyokong Sidang Kemuncak Beirut pada 28 Mar 2002. Israel didesak berundur dari seluruh wilayah pendudukan, termasuk Bukit Golan, pemerintahan sendiri Palestina di Tebing Barat dan di Semenanjung Gaza dengan Jerusalem Timur sebagai ibu negara Palestina dan menyelesaikan kem pelarian Palestina. Sidang Kemuncak Riyadh 2007 hasil usaha Liga Arab mendesak menteri luar Jordan dan Mesir menyokong inisiatif Keamanan itu.
Pada 19 Jun 2008, Mesir menjadi orang tengah bagi meredakan peperangan antara Israel dengan Hamas. Perjanjian itu memerlukan Hamas berhenti melancarkan serangan ke atas Israel dan menguatkuasakan gencatan senjata di Tebing Gaza. Untuk itu, Israel membenarkan antara 500 dan 600 buah truk bekalan makanan masuk setiap hari ke Semenanjung Gaza .Hamas mengkritik Israel kerana sekatan masih berterusan sehingga rakyat Palestina terpaksa melakukan penyeludupan bawah tanah untuk ke seberang. Israel menuduh Hamas menyeludup senjata dari Mesir ke Gaza melalui terowong-terowong tersebut. Oleh itu Israel terpaksa meneruskan serangan roket terhadap rumah-rumah awam yang menjadi pintu terowong tersebut.
Mubarak Di Dapati Bersalah

gallery
Demonstran
Pada tanggal 2 Juni 2012, Hosni Mubarak didapati bersalah oleh hakim yang membicarakannya di Akademi Polis Kairo, Mesir. Hosni Mubarak, dihukum penjara seumur hidup selepas didapati bersalah terbabit dalam pembunuhan penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat yang menggulingkan beliau pada 2011.
Rakyat Mesir berkumpul di Dataran Tahrir selama 18 hari sehingga Mubarak digulingkan pada 11 Februari 2011. Mubarak, Menteri Luarnya, Habib al-Adly, dan enam komandan polisi berdepan hukuman mati jika disabitkan bersalah. Kira-kira 850 penduduk meninggal dalam kejadian itu.
Anaknya Alaa dan Gamal serta rakan perniagaan, Hussein Salem, yang melarikan diri ke Sepanyol, turut dibicarakan atas pertuduhan rasuah. Bekas Presiden Mesir itu juga dituduh menjual gas asli ke Israel pada harga lebih rendah berbanding pasaran.
Bekas Menteri Dalam Negeri, Habib al-Adly, dan enam ketua keselamatan juga tiba di Akademi Polis untuk mendengar keputusan hakim. Mereka ditugas mematahkan tunjuk perasaan yang menggulingkan rejimnya.
Perbicaraan itu disiarkan secara langsung melalui televisi. Media asing akan dikenakan bayaran antara AS$7,000 (RM21,000) dan AS$10,000 (RM30,000) untuk membeli siaran liputan. Ketua Kesatuan Radio dan Televisi Mesir, Tharwat al-Mekki memaklumkan kadar bayaran itu.
Pilihan raya Mesir 2012 diadakan pada pusingan kedua pada 16 dan 17 Jun 2012 antara calon Ikhwanul Muslimin, Mohammed Mursi dan bekas Perdana Menteri Mesir, Ahmad Shafiq.